Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 2009 November 10

:: REHAT SEBENTAR ::

salam perjuangan buat semua..Disebabkan mengalami masalah untuk online, maka saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar buat beberapa hari..InsyaAllah dalam 2-3 hari lagi, saya akan kembali untuk mengupas isu2 yang hangat dibicarakan sekarang ini..

Terima kasih buat semua follower!!

Khamis, 2009 Oktober 29

(^_^) HIMPIT (^_^)

APA ITU HIMPIT??

Bagi pemuda Islam Terengganu, perkataan HIMPIT sudah tidak asing lagi bagi mereka. Mungkin ramai menyangkakan bahawa HIMPIT adalah sejenis makanan iaitu nasi himpit. Ternyata sangkaan anda semua meleset sama sekali. HIMPIT merupakan singkatan bagi Himpunan Pemuda Islam Terengganu dan ia diadakan pada setiap tahun. Penyertaan HIMPIT terbuka kepada semua pemuda Islam berumur antara 15-40..

HASRAT TERCAPAI

Sebenarnya saya telah lama memasang hasrat untuk menyertai HIMPIT. Namun akibat kekangan masa, saya belum lagi pernah menyertai HIMPIT. Ini membuatkan saya begitu teruja untuk meyertainya pada kali ini.

Sebenarnya sebelum ini, saya tidak dapat menyertai HIMPIT kerana ia tidak diadakan pada waktu cuti sekolah. Oleh sebab itu, saya langsung tidak berpeluang menyertainya lantaran tinggal di asrama. Tahun ini, saya bernasib baik kerana sekarang ini saya sedang cuti semester.

KENANGAN LALU

Saya teringat peristiwa lampau tentang HIMPIT. Pernah saya hampir berpeluang untuk menyertai HIMPIT kerana saya pulang ke rumah dengan menipu tandatangan. Mungkin kerana tiada keberkatan, saya tidak dapt menyertainya kerana ditinggalkan oleh abang saya. Saya berasa cukup kecewa pada tahun itu kerana tidak dapat menyertainya.

KONVOI PEMUDA

InsyaAllah pada esok hari, pemuda Dun Sura akan pergi ke sana (tempat HIMPIT) dengan ber'konvoi'. Ini merupakan satu lagi pengalaman baru bagi saya. Apa yang mengembirakan, segala perbelanjaan (duit minyak) akan ditanggung dan kami akan mendapat sehelai T-shirt. Saya amat berharap agar HIMPIT kali ini memberi satu pengalaman yang berharga buat saya dan dapat digunakan untuk memantapkan strategi dakwah.


p/s : Doakan kelancaran program dan semoga kami dapat pergi dan pulang dengan selamat.