KENANGAN LALU..

Mintak maaf kepada semua readers. Meskipun saya banyak menghabiskan masa di UM di kala orang len masih cuti, saya tetap x berpeluang untuk update blog. Ini semua gara2 terlalu asyik layan novel. Mana tidaknya dah lame x lyan novel. Satu yang saya beli sendiri dan satu lagi saya pinjam dari kawan. Saya sebenarnya amat tertarik dengan novel yang baru dibaca ini kerana olahan ceritanya yang begitu menarik dan lebih dekat dengan realiti kehidupan kita. Tajuknya "Jodoh atau Cinta" karangan Iman Nisrina.

 2 buah novel yang saya habiskan cuti ni..

Sebenarnya saya baru saje balik dari KISAS, sekolah lama saya. Begitu lama meninggalkan KISAS membuatkan saya bertambah rindu kepada sekolah itu. Disitulah saya belajar mengenal erti kehidupan yang sebenarnya apabila mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi di sana. Disitu jugalah saya belajar yang peperiksaan bukan segalanya meskipun saya berada dalam lautan manusia yang terkejar-kejar dengan kejayaan akademik. Namun, saya bersyukur saya bukan salah seorang daripada mereka.

Kehadiran saya ke KISAS juga sebenarnya bertujuan untuk mengubati hati saya yang sudah terlalu gelap berada di PASUM. Mana tidaknya, kehidupan di sini yang terlalu sosial sedikit sebanyak menarik saya untuk sama-sama terjebak dengan kesosialan ini. Apapon, kembali melihat adik-adik di KISAS yang masih disemai dengan benih-benih tarbiah, menenangkan hati saya. Terasa rugi meninggalkan KISAS 2 tahun dahulu. Walaupon sedemikian, saya akur dengan aturan hidup yang sentiasa memaksa kita untuk berpindah randah apatah lagi untuk mencari ilmu.

Halaman KISAS

Saya juga sempat berjumpa dengan beberapa orang cikgu yang rapat dengan saya. Berjumpa dengan mereka merupakan anugerah yang tidak terhingga bagi saya. Nasihat yang mereka curahkan semenjak saya menuntut disitu lagi benar-benar menaikkan motivasi saya, terutama Cg Mariah, cikgu add math tetapi nasihatnya mengalahkan pakar motivasi dan kaunselor sekolah.

 Cikgu Mariah-tepi skali

Semalaman disitu sudah cukup buat saya. Usai solat Zohor, saya yang hanya menemani sahabat karib, Amin Marwan pulang ke universiti masing-masing. Betapa KISAS memberikan impak yang begitu besar buat saya yang hasilnya menjadikan saya antara insan yang paling berpengaruh di PASUM. Segala suka duka yang saya alami di KISAS akan saya semat dalam hati dan x akan lupa sampai bila-bila. InsyaAllah....

0 pendapat..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .: non-stop thinking :. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.