HARI RAYA : KENAPA TAK SAMA??

Salam buat readers. Saya pernah ditanya oleh sahabat saya, mengapa tarikh hari raya sentiasa berubah-ubah. Yalah, hampir setiap tahun hari raya jatuh pada tarikh yang berbeza-beza. Contohnya hari raya Aidilfitri. Seingat saya, dulu hari raya aidilfitri jatuh pada bulan 12 @ bulan 11. Yang pastinya, masa tu dah cuti sekolah. Jadi x ada masalah buat budak-budak kecil yang masih bersekolah untuk menyambut hari raya sampai sebulan lamanya. Namun, apabila saya meningkat dewasa suasana berubah. Hari raya Aidilfitri jatuh pada bulan 8 @ bulan 9 yang mana pada waktu itu, cuti sekolah yang panjang belum bermula. Malah ada yang mengambil peperiksaan dalam bulan puasa. Oleh itu, kanak-kanak kecil yang bersekolah ini x dapat untuk beraya sampai sebulan kerana cuti sekolah hanya 2 minggu. Bagi sesetengah universiti, cuti yang diberikan hanyalah seminggu.

Begitu juga dengan hari raya Aidiladha yang sedang disambut sekarang. Kalau dahulunya ianya disambut ketika waktu cuti, kini ia disambut pada pertengahan bulan 11 yang mana rata-rata sekolah belum lagi bermula cuti akhir tahun. Saya kasihan melihat beberapa orang sahabat dan juga mereka yang bekerja di luar daripada negeri masing-masing kerana tak dapat untuk pulang beraya. Niat mereka memang nak pulang namun apakan daya, cuti yang diberi hanya sementara- sehari @ 2 hari.

Berbalik kepada soalan tadi, agak-agak apa jawapan yang ingin diberikan. Saya mengagak, agak ramai yang x puas hati pada raya kali ini kerana tak dapat pulang ke kampung halaman. Sebenarnya, ada hikmat di sebalik perkara yang berlaku ini. Namun x ramai yang mengetahuinya kerana mereka tidak mengkaji hikmat di sebalik yang berlaku malah hanya menuding jari kepada alim ulama' dan juga ahli-ahli falak.

Di bawah saya nyatakan jawapan yang sempat saya ambil daripada ust Hasrizal melalui blognya; (saifulislam.com - http://saifulislam.com/?p=8421).


Semasa Ramadhan tiba pada bulan Disember, ia bermaksud umat Islam di negara-negara utara Bumi menyambut bulan yang penuh makna ini pada musim sejuk. Selain cuaca yang sejuk, mengurangkan rasa dahaga yang menguji, siang pada musim sejuk adalah pendek berbanding malam. Subuh lewat dan Maghrib pula awal.


“Seawal bagaimana ustaz?” tanya seorang peserta.

“Subuh boleh masuk selewat 7:30 pagi dan Maghrib pula masuk pada jam 4 petang!” saya menjawab.

“Wah, hebatnya!” pelajar-pelajar itu kelihatan teruja.

“Sebab itu ramai orang kaya buat umrah di London, semasa Ramadhan jatuh pada musim sejuk!” saya berseloroh.

Mereka ketawa. Faham dengan bahasa sinis itu.


“Tetapi lain pula ceritanya di musim panas. Apabila Ramadhan tiba pada bulan Julai, itu sudah terbalik. Siang menjadi panjang, malam menjadi pendek” saya menyambung penjelasan.

“Misalnya?” tanya anak muda yang bakal terbang ke USA itu.

“Di Amerika Syarikat saya tidak pasti. Tetapi di tempat saya bertugas dahulu di Ireland Utara, Subuh boleh tiba seawal 2:15 pagi dan Maghrib selewat 9:45 malam!” saya menjawab.

Terkejut mereka.

“Mujurlah saya sudah balik ke Malaysia. Kalau tidak, tinggal sekepinglah jawabnya!” saya mengusik.

Dalam ketawa, mereka turut dilanda resah. Saya tinggal di Malaysia, mereka bakal terbang ke destinasi pengajian masing-masing. Bakal berpuasa di perantauan. Menyambut Ramadhan di musim panas. Musim yang siangnya panjang berganda dan malam pula hanya segelintir hari.

“Tetapi untunglah mereka yang bakal ke Australia dan New Zealand. Terbalik dari UK, USA, Russia dan Jepun, bulan Jun, Julai dan Ogos di sana itu adalah musim sejuk” saya menyambung kuliah.

Benar sekali.

Jika selama ini, umat Islam di Hemisfera Selatan Bumi seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Argentina diuji dengan Ramadhan yang jatuh pada November, Disember dan Januari yang merupakan musim panas, umat Islam di utara Bumi sedang meraikan puasa di musim sejuk. Kini, apabila umat Islam di Utara pula semakin panjang tempoh puasanya kerana Ramadhan jatuh pada musim panas, umat Islam di Selatan pula mengambil giliran menikmati puasa yang semakin pendek dan mudah.

Duduklah di mana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Lagi bagus, kalau duduk di Malaysia, dari lahir sampai mati, sentiasa sederhana dan sama sahaja!


Berbeza sekali dengan agama Kristian yang menggunakan kalendar berasaskan matahari. 25 Disember sentiasa musim sejuk di utara bumi, dan sentiasa musim panas di selatan sana. Imej Krismas di Australia dan New Zealand tidak pernah sama dengan imej Krismas menurut sentuhan UK dan USA kerana Disember sentiasa musim sejuk di atas sana, sentiasa musim panas di selatan pula.
Islam agama fitrah.

Bukankah ia sesuatu yang indah?

0 pendapat..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .: non-stop thinking :. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.