COUPLE : YES OR NO??

Salam buat semua readers.

Hari ni saya nak kongsikan pendapat saya tentang perkara yang rata-rata begitu familiar dengan jiwa remaja sekarang ni. Tak kiralah, budak universiti ke atau masih budak sekolah lagi, semua berkeinginan untuk merasai apa itu couple.

 Gambar hiasan

Persoalan di sini, boleh ke x??

Saya sebenarnya telah banyak kali diajukan dengan soalan sedemikian dan saya juga banyak kali mengajukan soalan itu kepada orang lain. Saya sebenarnya tak pernah lagi ber'couple" meskipun mempunyai keinginan. Namun, kebanyakan kawan saya telah pon ber'couple' dan ini membuatkan saya serba sedikit memahami perasaan dan keNIKMATan couple ni.

Jadi saya cuba melontarkan pandangan saya untuk masalah ini.

BOLEH, APA SALAHNYA..

Ini merupakan pandangan saya yang pertama. Bukan untuk menghalalkan couple namun saya berpandukan kepada kelebihan couple dan juga hujah daripada pensyarah syariah saya.

Ya, couple juga mempunyai kelebihan. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai keinginan kuat terhadap perempuan menyebabkan dia selalu usha perempuan, tengok blue dan juga kacau perempuan. Alhamdulillah, setelah "couple" (masih menjaga batas-batas pergaulan), perangainya berubah dan ini menggembirakan saya. Setelah itu, saya berfikir mungkin inilah antara kelebihan couple yang tidak disedari ramai namun perlu diingat, xsemua orang berada dalam kondisi ini.

Hujah pensyarah saya turut membuka minda saya untuk berfikir tentang kelebihan couple. Beliau mengambil kira kondisi gadis-gadis diluar sana yang rata-ratanya sosial dan sudah tidak lagi mempunyai dara kerana telah melakukan perhubungan seks luar nikah. Kadang-kadang lelaki hanya mengetahui perangai sebenar gadis pilihan mereka setelah berkahwin dan kemungkinan mereka telah di'tebuk' semasa melakukan hubungan pada malam pertama namun dengan couple, barangkali mereka dapat mengagak atau membongkar peribadi sebenar pilhan mereka.

Keadaan gadis sekarang yang terlampau sosial

Beginikah keadaan bakal isteri kita??

Sebenarnya banyak lagi antara kelebihan dan kepentingan couple kepada remaja masa kini namun xsemua dapat saya nyatakan (mungkin boleh lagi dikongsi pada masa akan datang).

EH, MANA BOLEH COUPLE..

Ini merupakan pandangan kedua saya. Tak boleh couple, terutamanya bagi mereka yang tak dapat untuk mengawal batas-batas pergaulan.

Rasanya umum dah tau, kalo kita berdua-duaan pasti ada yang ketiga. Sebab itulah gejala pembuangan bayi sekarang ini sangat berleluasa. Apabila couple mereka fikir ia harus diikat dengan perhubungan "couple" batin. Mungkin atas pemikiran kolot sebegini, gadis-gadis tanpa segan silu menyerahkan mahkota kesucian mereka.

Orang sering menghalalkan couple dengan alasan, "Saya couple sebab nak tolong dia dalam pelajaran" atau "Saya lebih senang untuk membimbing dia dengan couple".

Perlu diingat " Matlamat Tidak Menghalakan Cara!!". Meskipun niat kita baik namun kalau kita tak mampu untuk  mengawal nafsu, dibimbangi kesannya tetap sama. Saya umpamakan dengan satu analogi mudah :

Umum mengetahui najis itu baunya busuk. Sekiranya seseorang itu nak najisnya berbau harum dengan memakai wangi-wangian sebelum membuang air, adakah ia akan berbau harum?? Begitu juga dengan couple, seseorang itu hendak memperelokkan couple dengan mengajar ilmu agama tetapi secara berdua-duaan, adakah couple itu akan menjadi elok??

Busuk tetap busuk

Indahnya hidup bersyariat. Kalau tak mampu untuk mengekang nafsu, kembalilah kepada Allah. Setiap syariat yang Allah jadikan sudah cukup tepat dengan keadaan hambaNya. 

Sekiranya hendak sangat berteman, ikatlah dengan tali pertunangan.
Sekiranya hendak rasa manis dalam percintaan, rasailah alam percintaan dengan perkahwinan.

p/s : setiap pandangan merujuk kepada kondisi individu yang berbeza-beza.

2 pendapat..:

CAHAYA PUTERI berkata...

like:)

~the quote after 'busuk tetap busuk'

لا تقربوا الزنا

yaqut hulaif berkata...

Salam.
link ini untuk perkongsian tambahan. http://yaquthulaif.blogspot.com/2010/07/takut-untuk-bercinta-kerana-malu.html
Moga bermanfaat,indahnya hidup bersyariat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 .: non-stop thinking :. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.